top of page

INTERPRERTASI

BENDERA MAAHAD MUHAMMADI LELAKI

"Warna Putih, Hijau dan Kuning" merupakan tiga warna asas  yang terdapat di

bendera Maahad Muhammadi Lelaki yang melambang tiga tanggungjawab utama

yang harus dilakukan oleh pelajar sekolah ini iaitu:

      Warna Putih             :Tanggungjawab Terhadap Agama Islam

      Warna Hijau             :Tanggungjawab Terhadap Diri Sendiri

      Warna Kuning          :Tanggungjawab Terhadap  Masyarakat dan Negara

Warna Putih:

Melambangkan kesucian hati para pelajar Maahad Muhammadi Lelaki

yang tulus ikhlas yang telah memilih sekolah ini sebagai tempat untuk menimba

ilmu pengetahuan dunia dan akhirat. Dengan hati yang tulus ikhlas juga barisan

pendidik dapat mendidik, mencorak, dan mengembangkan potensi pelajar agar

menjadi insn yang berakhlak mulia, berpengetahuan tinggi, dan menjadi hamba

Allah yang dirahmati.

Warna Kuning:

Melambangkan  ketinggian darjat, kedudukan, taraf atau

penghargaan masyarakat sekitar terhadap sekolah ini sebagai institusi pengajian

yang ulung dan berdaya saing. Maahad Muhammadi Lelaki mampu melahirkan

generasi yang berpelajaran tinggi, berpengetahuan luas, berketrampilan tinggi, dan

mampu mencurahkan bakti untuk agama, bangsa dan negara.

Warna Hijau:

Melambangkan warna syurga,  keimanan dan ketakwaan serta

kesepaduan dalam mengamalkan ajaran Islam.

bottom of page