SEJARAH PENUBUHAN
SEKOLAH AGAMA DIKELANTAN
Mengikut sejarah, pendidikan agama Islam di negeri Kelantan dikesan bermula pada akhir abad ke sembilan belas lagi di mana beberapa golongan ulama berperanan menyebar ilmu agama secara pondok di seluruh negeri Kelantan. Pendidikan agama secara formal bermula apabila Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menubuh Sekolah Agama/Arab pertama pada 1 April 1937 dikenali sebagai Al-Madrasah Al-Muhammadiah Al-Arabiah.
Bermula dari sini pendidikan agama telah berkembang dengan pesatnya di mana beberapa buah lagi sekolah agama seumpama itu ditubuhkan. Sambutan yang amat menggalakkan ini bukan sahaja dari anak-anak tempatan malah terdapat ramai para pelajar dari negeri-negeri di semenanjung telah datang untuk belajar di sini. Sambutan seumpama ini juga telah juga mendorong individu tempatan membina sekolah agama rakyat.
Selaras dengan perkembangan pesat sekolah ini khususnya selepas merdeka, Pihak MAIK telah menyerahkan pengurusan dan pengelolaan sekolah-sekolah ini kepada Kerajaan Negeri yang berjumlah 6 buah kesemuanya. Sekolah-sekolah tersebut ialah Maahad Muhammadi, Maahad Yaakubiah Nipah, Maahad Amir Indera Petra, Maahad Muhammadi Pasir Mas, Maahad Muhammadi Pasir Pekan dan Maahad Syamsul Maarif, Pulai Chondong.
Dengan penyerahan sekolah ini, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jabatan Sekolah-Sekolah Agama (JASA) pada 1 Julai 1974. Di samping itu pihak Kerajaan Negeri juga mengambil alih sekolah-sekolah agama bantuan (rakyat) yang berjumlah 100 buah waktu itu, bagi menjamin sistem pendidikan dan pengurusan sekolah-sekolah tersebut berjalan dengan baik dan sempurna. Pada 1 Jun 1979 JASA diubah menjadi Yayasan Pelajaran Islam Negeri Kelantan (YPINK) dan Yayasan Islam Kelantan (YIK) pada 1 Mac 1983.
Bangunan lama Maahad Muhammadi Pasir Mas yang didirikan semasa Perang Dunia Kedua, Bangunan ini digunakan hingga 6.8.1969 dan berpindah ke bangunan baru dua tingkat di belakang Masjid Bandar Pasir Mas
Maahad Muhammadi (Bangunan MAIK), 1937
SEJARAH PENUBUHAN
MAAHAD MUHAMMADI LELAKI
Maahad Muhammadi ditubuhkan pada hari Khamis 20 Muharram 1356 bersamaan 1 April 1937 dengan ampuni perkenan dan titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV, Al-Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darulnaim.
Nama asalnya bangunan ini ialah
Al-Madrasah Al-Muhammadiah Al-Arabiah.
Pada tahun 1942 namanya ditukar kepada Al-Madrasah Al-Arabiah Jame’ Merbau Al-Ismaili.
Bangunan Jame’ Merbau Al-Ismaili.
Pada tahun 1942 nPada tahun 1956 namanya telah ditukar kepada nama Al-Maahad Al-Muhammadi Al-Qismu Al-Arabi.amanya ditukar kepada Al-Madrasah Al-Arabiah Jame’ Merbau Al-Ismaili.
Perasmian bangunan baru Maahad Muhammadi Al-Qismu Al-Arabi Jalan Merbau Kota Bharu telah disempurnakan perasmiannya oleh KDYMM Al-Sultan Yahya Petra Ibni Al-Marhum Al Sultan Ibrahim, Sultan dan Yang Di Pertuan bagi Negeri Kelantan Darulnaim, pada hari Sabtu 9.5.1964
Pada tahun 1974 namanya ditukar lagi kepada nama Al-Maahad Al-Muhammadi
Bangunan Maahad Muhammadi dan Bangunan Blok Sains di Bahagian Belakang
Bangunan Maahad Muhammadi Kota Bharu Pandangan dari depan
Pada 1 Julai 1982 Maahad Muhammadi dibahagi kepada dua bahagian
iaitu Maahad Muhammadi Lelaki (MML) dan Maahad Muhammadi Perempuan (MMP).
Maahad Muhammadi Lelaki Jalan Tok
Guru, Pengkalan Chepa
Maahad Muhammadi Perempuan Jalan
Merbau, Kota Bharu