MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH SEMPENA PERSARAAN DAN PERPISAHAN GURU MML 2018
KHAMIS 15 Jamadil Awal 1439H bersamaan 01 FEBRUARI 2018
Pada 1 Februari yang lalu, Maahad Muhammadi Lelaki telah mengadakan Majlis Perpisahan Guru Maahad Muhammadi Lelaki. Pada mulanya, majlis dimulai dengan bacaan ayat suci Al-quran oleh salah seorang pelajar Maahad Muhammdi Lelaki.
Seterusnya, Majis diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada saudara Che Muhammad Zulfattah Bin Che Zulkifli selaku Ketua Majlis Perwakilan Pelajar.
Ana mewakili pelajar memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan semasa guru-guru tersebut berada di Maahad ini.
Kemudian, ucapan daripada Al-Fadhil Ustaz Haji Abdullah bin Ab Wahab mewakili guru berpindah telah memberikan ucapan kepada pelajar Maahad Muhammadi Lelaki supaya terus berusaha mencapai kecemerlangan akedemik dan sahsiah agar berjaya didunia dan diakhirat . Sebagai tambahan, beliau sebagai bekas PK 1 Maahad Muhammadi Lelaki mengharapkan semoga pelajar-pelajar MML belajar bersungguh-sungguh agar dapat menjadi insan yang mulia.
Selepas itu, Ucapan daripada Al-Fadhil Ustaz Haji Kamarjan bin Haji Abdul Rahman selaku Pengetua MML.
Beliau memohon maaf kepada guru-guru yang bersara dan berpisah sekiranya ada berlaku kesilapan dan kesalahan sepanjang berada di MML. Pelajar-pelajar yang ingin mencapai kejayaan dalam hidup mestilah sentiasa mematuhi dan menghormati ibu, bapa dan guru. Guru pula sentiasa berkorban tenaga dan buah fikiran mendidik kita agar menjadi insan yang mulia.
Pada akhirnya, majlis diakhiri dengan penyampain hadiah kepada guru yang bersara mahupun yang telah ditukar.
Comments