Isnin – 1 Januari 2018 – Maahad Muhammadi Lelaki telah melansungkan Thobur (perhimpunan) Pertama bagi sesi persekolahan tahun 2018.
Sebagai mana lazimnya, thobur ini telah dimulakan dengan nashid Asma Al-husna dan nashid sekolah. Seterunya, Thobur ini diceriakan lagi dengan ucapan rasmi daripada Che Muhammad Zulfattah selaku Ketua Pelajar Maahad Muhammadi Lelaki yang mengalu-alukan kedatangan para pelajar tingkatan 1 serta menyentuh mengenai beberapa ciri terpuji bagi seseorang pelajar muslim.
Majlis ini diteruskan lagi dengan ucapan daripada Setiausaha Unit Disiplin, Ustaz Wan Mohd Sufiyan Bin Wan Yusof. Dalam ucapannya, beliau memperingatkan dan menerangkan akan undang-undang dan peraturan-pertauran sekolah yang wajar dipatuhi. Beliau juga menerangkan akan tindakan dan hukuman yang akan dikenakan kepada para pelajar yang tidak dapat mematuhi peraturan sekolah dengan sebaik mungkin. Ulasannya, beliau berbuat demikian supaya majaroti kesalahan para pelajar dapat dikurangkan seminimum yang mungkin.
Akibat cuaca yang tidak mengizinkan, thobur pada hari tersebut beralih tempat ke Masjid Islah. Walaubagaiamanapun, sukacita dimaklumkan bahawa thobur tersebut dapat berlangsung dengan jayanya.
Kemudian, Thobur diteruskan dengan ucapan daripada Penolong Kanan HEM, Ustaz Mohd Baharuddin Bin Mohd Noor yang memberi nasihat dan tips bagi para pelajar supaya dapat menjalani sesi persekolahan di Maahad Muhammadi Lelaki pada tahun ini dengan lebih harmoni dan lebih bersiplin.
Dengan Kerjasama semua Ahli Dhobit dan (MPP) Majlis Perwakilan Pelajar, para pelajar dapat memberikan perhatian dengan sebaik mungkin. Majlis Ini Bersurai pada jam 11.00 pagi.
תגובות