

Buku Nahu Tingkatan 1 dihasilkan berdasarkan Sukatan Pelajaran Nahu Tingkatan 1 yang disediakan oleh Yayasan Islam Kelantan. Blog ini ditulis demi membantu Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan sekolah mencapai matlamat kurikulum untuk melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dalam bidang Bahasa Arab khususnya matapelajaran Nahu. Diharapkan agar pelajar – pelajar dapat mengaplikasikan ilmu ini dalam kehidupan seharian.
Setiap toplik dimulai dengan pengenalan dan objektif pembelajaran yang memberi gambaran tentang kandungan dalam bab yang akan dipelajari. Setiap topik di dalam buku ini dijelaskan dengan contoh bagi meningkatkan pemahaman para pelajar tingkatan 1. Nilai murni juga dipaparkan dalam buku ini bagi mengimbangi antara pembangunan teknologi dan peradaban pada zaman kini.
Blog ini juga dilengkapi dengan latihan - latihan bagi membantu meningkatkan pemahaman pelajar. Soalan yang mencabar akan merangsang minda pelajar menyelesaikan masalah – masalah yang akan dihadapi di dalam buku ini.
Penambahan ciri-ciri interaktif dengan penggunaan Peta Minda menepati objektif penulisan blog iaitu kepada sasaran pengguna blog terutama pelajar bagi menguasai kemahiran maklumat dan komunikasi.
Tajuk yang terdapat dalam Mata Pelajaran Nahu Tingkatan 1