top of page

MUQADDIMAH

  • Writer: Maahad Muhammadi Lelaki
    Maahad Muhammadi Lelaki
  • 20 Jul 2016
  • 2 min membaca

Alhamdulillah.

Segala puji bagi Allah yang telah memberi kita nikmat yang paling besar di atas muka bumi ini iaitu nikmat Iman dan nikmat Islam. Selawat keatas Nabi Muhammad SAW yang telah berpenat lelah menyebarkan Islam yang kita anuti pada hari ini. Moga – moga selawat kita sampai kepada baginda SAW. Maksud firman Allah SWT :

Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al Quran dengan berbahasa Arab, agar kamu memahaminya.

Yusuf [12] : 2

Merupakan satu keperluan seseorang yang bergelar Muslim itu membiasakan diri mereka dengan Bahasa Arab sehingga suatu tahap mereka boleh memahami Al-Quran. Bahasa Arab adalah bahasa bagi Agama Islam.

Muslim yang tidak mengetahui mengenai Bahasa Arab perlu sedar akan kerugian yang mereka sedang hadapi bahawa mereka tidak mampu untuk memahami dan membaca Ayat-Ayat Suci dari Sang Pencipta! Apabila mereka hanya membaca terjemahan al-Quran, mereka perlu ketahui bahawa itu hanyalah ayat-ayat dari penterjemah. Hakikatnya ayat tersebut daripada Allah Maha Kuasa.

Para Ulama', daripada Zaman Para Sahabat sehinggalah abad sekarang ini, semuanya mengakui kepentingan Bahasa Arab.

Imam Syafie rahimahullah berkata :

Maka, menjadi suatu kewajipan untuk seseorang Muslim berusaha mempelajari Bahasa Arab seboleh mungkin, supaya mereka boleh membuktikan 'Syahadah', dan membaca Kitab Allah (yakni al-Quran), serta melafazkan zikir yang wajib ke atas mereka; seperti takbir, tasbih, tasyahud dan lain-lain zikir.

Dan lebih banyak mereka mempelajari bahasa yang Allah Maha Kuasa Sendiri yang menjadikan bahasa utama penghulu segala Nabi (Nabi Muhammad s.a.w.) serta menjadi bahasa wahyu terakhir-NYA, maka lebih baik untuk orang tersebut!

Untuk sebab ini, dapat dilihat masyarakat yang mereka amat lemah serta tidak endah dengan bahasa Arab ini, mereka lebih terjerumus untuk sesat berbanding mereka yang kukuh pada Bahasa Syurga ini. Maka tidak hairanlah jika dinyatakan bahawa musuh Islam itu ingin memusnahkan Bahasa Arab, kerana mereka tahu kepentingan Bahasa Arab kepada umat Islam.

Oleh itu, bersama-samalah kita mengukuhkan Bahasa Arab serta melazimkan diri untuk berbahasa dengan Bahasa Syurga ini.

Semoga blog ini dapat memberi manfaat kepada semua murid dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


 
 
 

コメント


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page